Melihatkan anak-anak disini menjalani kehidupan
yang serba ringkas dan culas...
terfikir berapa beruntungnya saya membesar
sebagai budak kampung yang kehidupannya
terisi dengan pelbagai pengalaman yang mengujikan...
Jalan kaki ke sekolah
lebihkurang sebatu dari rumah
adalah rutin harian yang tak dapat di elakkan
berpanas...berhujan
kena kejar anjing pun ada jugak...
masa bermain lebih kepada permainan yang lasak
panjat pokok jambu, pokok ceri ...itu biasalah
bermain air di sungai(sungai ke?...tak kot)
rasanya macam taliair tapi airnya jernih
tangkap anak ikan, berudu...
pelajaran sains yang tak terdapat di sekolah.
Masa yang paling ditunggu-tunggu
ialah waktu mengaji..
mengajinya malam tapi petang2 lagi kami dah sampai
waktu tu takde paip...jadi tolong angkat air
dari perigi ke bilik air
lepas tu sapu minyak hitam
di longkang keliling rumah
supaya semut tak masuk
itulah sebagai amal jariah
kepada tuan rumah.
kenapa tunggu waktu mengaji?
sebab lepas buat semua tu...boleh bermain
permainan dah lupa nama tapi mengujakan
buat lubang letak kayu kemudian sungkit(lambungkan)
dengan kayu yang lebih panjang..lepas tu pukul
kemudian lari...
ala-ala permainan besbol ke atau sofbol?
eh...tak ingatlah, tak kuasa nak pikirkan.
Bila dah boring...main galah panjang
yang pompuan ala-ala lebih kelembutan
main batu seremban
sekarang masih lagi dimainkan
tapi bentuk batunya dah ada kelainan
dulu kami pungut je
batu2 tepi jalan...
0 comments:
Post a Comment