Tengah dok sedap melayan mata
yang nak ketiduran lagi
talipon pulak berbunyi...potong stim tul lah...
rupanya seorang rakan...jiran setaman
menalipon sekadar untuk bersembang.
Memberi perkhabaran tentang seorang bekas
jiran yang dah lama tak kedengaran beritanya.
Selalu berharap seseorang yang kita pernah
kenal dan pernah berkongsi kisah suka
duka akan menjalani kehidupan lebih bahagia
di mana saje mereka berada.
Nasib sukar dijangka...ingatkan
kehidupannya lebih manis & tenang setelah
memulakan hidup baru atas keruntuhan
mahligai cintanya yang lalu.
Rupanya laluan yang diharunginya terlalu
sukar dan rumit...runtuh dan runtuh lagi
meninggalkan sisa2 kenangan yang pahit.
Pernah katakan padanya dulu...peluang
keemasan hanya datang sekali...takkan
dapat digapai berkali2...saat itu telah pun
dilepaskan bertahun dulu...jadi janganlah
disesali lagi...biarkan ia pergi...harungilah
hari ini dengan tabah dan rela hati.
6 comments:
Orang yg sering diuji berkali kali, sebenarnya beruntung. Mereka dapat menguji hati dengan tahap kesabaran dan belajar banyak perkara terutama membetulkan kesilapan terdahulu...
samada gagal atau berjaya, tetap ada ilmu diantaranya..
ilmu yg diperolehi dari kegagalan lebih bermakna daripada hidup tanpa kegagalan langsung....
Azie
Silap membuat pilihan...merana badan..muga ujian ini diambil sebagai pengajaran.
Ilmu dari kegagalan memang lebih bermakna...akan diingat sampai bila2
menyesal kerana melepaskan yang baik demi nak kejar yang lebih baik ke?
Iya...tapi rupanya hampeh!
Post a Comment