Baru2 ni diadakan majlis perkahwinan
anak kepada pengerusi persatuan penduduk
...meriah sekali...punyalah ramai orang.
Bayangkan...dibuat di sebuah dewan...besarlah
juga dewannya...ditambah lagi khemah di luar
sebagai persediaan...masih tak dapat
menampung tetamu yang hadir....ada yang
tercongok2 mencari tempat duduk.
Begitulah citernya...kita cuma menghantar
wakil abahnya...disebabkan dewan hanya
sepelaung je...jadi dari tingkap bilik nampak
suasana majlis. Dah lah parking kat situ
memang sentiasa penuh ditambah pulak
kereta yang pergi balik...menambahkan lagi
suasana serabut dan kalut.
Untunglah kan...buat kenduri kawin tetamu-
nya menderu2...ibubapa pengantin
tersenyum tersipu2...sebab pulangannya pun
boleh tahan maju.
Itu bagi yang ada jawatan...pada yang tiada
kena ramah-tamah lah yer sesama jiran
tetangga...kita bukannya sesiapa untuk
dipuji dan dipuja...kalau menyombong ikut
kepala angin...rasanya berat jugak orang
nak datang.
Lagi satu jika diperhatikan...majlis kawin
sekarang ni susah sungguh nak dijalankan
secara bergotong-royong.
Menjemput bagai nak rak...mula2 tu
memang ramailah menunjukkan muka...
tang kendian dibiarkan terkontang-kanting
...pandai2lah nak mengaturkan program.
Banyak kali dah berlaku ni...jadi sekarang
ni orang lebih memilih kenduri cara katering
...senang...tak menyusahkan orang...rumah
pun tak berkecah...pilih je pakej yang
berkenan...sedap tak sedap tolak tepi...
asalkan kendurinya disempurnai...
12 comments:
Salam, rezeki masing-masing tuhan tentukan.. terima je la. Mak che mid dulu kaweenkan adik, hujan lebat time sanding.. langsung tetamu terencat nak datang...
biasanya kalau kita rajin pergi bila diundang..insyaallah.kalau takdak aral.orang tidak lupa kitakan..
suka gi kenduri kawin :)
acik sama macam kasih..suka pi kenduri kawin..
Terimakasih Che Mid kerana sudi mengomen
Kalau hujan..itu memang satu dugaan...redha je lah...
Suri Solehah
Kalau rajin memenuhi undangan...memang orang tak boleh lupakan...nanti diorang dengan senang hatinya membalas kunjungan.
kasihredha
Wah!...suka pergi orang kawin yer...ni nak tunggu undangan dari kasihredha pulak...bila ekk?
Kita yang pergi majlis memang seronok nak makan dan dapat cenderahati.
Bagi tuan rumah, kecut perut takut orang tak datang majlis dia.
Semua yg nak buat majlis, pasti akan rasa ada rama-rama dalam perut.
Acik Erna
Kalau dapat tetamu macam acik Erna ni tentu seronok...datangnya mesti dengan buah tangan segala...meriahnya.
Azieazah
Yes!...memang kecut perut...takut orang tak datang satu...lepas tu takut makanan tak cukup kalau tetamunya menderu...haruuu...
salam,
itu lah, kalau kat kg..kalau buat katering nnti katanya eksen. tapi kalau buat sistem rewang kang orang kata nyusahkan pulak..
pening2..bukan senang nak kahwinkan anak nih..hehe
w'salam Cik Sibuk
Buat apa pening2...yang penting nikahnya...tapi untuk cik sibuk tentu tak menyusahkan kannn...sebab cik sibuk rajin buat kerja..hihi
Post a Comment