...dapat kesempatan untuk mencoret sesuatu
di sini...adalah suatu kelegaan yang tak
boleh nak cakap...
biasa ler...bila dah ramai kat rumah ni
memasing menunggu peluang je...
kita terpaksa ler beralah.
Raya cina sudah pun menjengah
ada sesetengah tu mungkin dapat hamper
dari sahabat kaum cina yang pemurah.
Teringat dulu...masa kekecik...bila tiba
raya cina ada sesuatu yang memang ditunggu2
iaitu buah tangan dari rakan arwah
abah merangkap majikannya.
Rakan itu terdiri dari 2 orang bersaudara
yang peramah...peramah giler yang kitorang
panggil 'Lee Seng' si abang dan adiknya 'Meow'.
Sehari sebelum raya cina...diaorang mesti
datang menghantar buahtangan itu dan
masih terbayang beg kertas berwarna coklat
bertali benang kain berwarna putih berisi
berbagai kudapan dalam bekas yang pada
kami nampak mewah...jakunlah sekejap
suka yang amat...
Tiap2 tahun memang tak miss...bila tiba
hari raya kita...arwah omak siapkan jugak
serba sedikit kuih muih sebagai balasan
tapi diorang siap pesan...tak mau yang lain2
diaorang cuma nak dodol setopong...kalau
lebih lagi diorang suka. Jadi tiap2 tahun
bila kacau dodol mesti ketepikan siap2
bahagian untuk diorang.
Gelihati bila arwah abah menyebut nama 'Meow'
mesti teringat seekor kucing comel dan montel
tapi 'Meow' ni kurus kering je orangnya...
maintain ler sampai sekarang.
Yang abang pulak tembam sedikit dan terlebih
hansem ...tapi dari segi peramah memang
sama jer dan PR diaorang memang bagus...
pandai menjaga hati pekerja...selalu jugak
ajak kitorang pergi funfair...waktu tu funfair
memang glamer...kita bebudak memang
suka ler...dapat main berbagai permainan.
Walaupun arwah abah berhenti secara
drastik dan mengambil keputusan untuk
bekerja sendiri...mereka masih lagi menghantar
buahtangan seperti biasa tapi lama
kelamaan rutin itu lenyap oleh peredaran
masa...kami tak merasa lagi buahtangan
yang pelbagai itu.
Si 'Meow masih lagi tinggal di kampung
menjalankan bisnes seperti biasa dan
Lee Seng dengarnya dah menetap di bandar
Melaka...mengurus bisnes di sana hanya sekali
sekala menjengah adiknya.
Kali terakhir aku melihat Lee Seng masa
zaman remaja...waktu tu tengah tunggu bas
untuk balik ke KL...dia dengan selambernya
mintak sedikit rambutan yang aku bawak...
waktu tu memang dia dah tak perasankan aku
...aku pulak segan nak pekenalkan diri...
maklumlah gadis pinggitan ler katakan...
teringat waktu kekecik dulu... pernah duduk
di pangkunya ketika menaiki kereta ke suatu
destinasi yang memang tak ingat lagi.
...hasil carian google...ala2 mini Austin yang 2 bersaudara tu bawak keliling kampung...tapi diaorang punya takde bumbung...ketika itu orang kampung memang jakun bila tengok kereta tak berbumbung... |
5 comments:
Salam Yong Fidah,
Sonok kan dedulu, hubungan antara kaum amat natural dan selamba jer. Sekarang bebudak amat race-conscıous. Dulu akak ramai kawan Cina dan Hindu dan selalu gi beraya ke rumoh deme, tak kekok pun! Sonok dengor citer nostalgia Yong ni.
W'salam Yong Halim
Sekarang berbeza sekali...memasing ada prasangka yang bukan2 diburukkan lagi dengan suasana politik yang tak semenggah...
Kenanga lama mengasyikkan bila dikenang.
Masa kecik2 dulu selalu tunggu kuih bakul.
kuih bakul rasa macam dodol...tu yang diorang suka tu...
Seronoknya mengenang kenangan lama.
Sama ler, I masa kecik dulu pun kat kampung berjiran dgn orang2 Cina ada gak sekali sekala depa menghantar kuih muih dan limau time CNY.
Dulu2 kita tak kisah pun, kan?
Post a Comment