Apakah kata2 rangsangan yang mampu
melegakan keresahan seorang rakan
yang meluahkan kesalan terhadap salah
seorang anak lelaki yang membelakangi-
nya dalam membuat keputusan.
Anak itu seorang yang baik dan
berpewatakan ceria...pencapaian biasa2
je tapi tengah asyik masyuk dengan
teman wanitanya.
Apa saja kehendak si teman wanita
dituruti tanpa diselidiki dan diperhalusi
segala buruk baik kesan di masa akan
datang. Asalnya mempunyai perkerjaan
yang menjamin masa depan...lengkap
dengan segala kemudahan tapi disebabkan
mengikut kehendak si perempuan...
berhenti 24 jam atas alasan pekerjaan itu
takde classs lah kata kan.
Bertukar pekerjaan yang katanya lebih
masyukkk...tapi sebenarnya menusuk
hati kedua orangtuanya. Indah angan2
dari kenyataan...incomenya tak seberapa
jadi pada orang tualah disandarkan segala
beban yang sedia ada. Disebabkan kesian
...kerana anak ini seorang anak yang baik
tak kuasa lagi mencongak dan menghitung
... hutangnya(hutang kereta & motor)
segalanya di tanggung.
Si ibu hanya mengeluh...saya hanya mampu
mendengar. Menjadi seorang ibu, inilah
realitinya...tiba masa pendapat kita tidak
akan lagi didengar...diambil alih oleh
orang luar. Di sini ingin dicoretkan sesuatu
yang telah diambil dari pembacaan untuk
renungan sendiri dan satu2nya anak lelaki
yang sekali sekala tersesat ke sini...
Ibumu akan mengasihi kamu dan melakukan apa
terbaik...memberi semangat dan membimbing mu
menjadi anak baik.
Kekasihmu akan mencintaimu tapi takkan
membiarkan kamu melakukan apa yang terbaik...lebih
cenderung akan mengatur hidupmu.
Ibumu terus mengasihi kamu waktu kamu jauh bahkan
ketika kamu telah tiada.
Kekasihmu akan berkurang cintanya...habis ketika
kamu jauh apalagi bila kamu telah tiada.
Ibumu menerima dengan tangan terbuka walau
kamu telah menyakiti hatinya.
Kekasihmu juga akan menerima kamu tapi sebelum
itu kamu harus berlagak baik.
Ibumu takkan menuntut apa pun dari kamu walaupun
dia telah mengasihimu sejak lahir.
Kekasihmu yang baru saja mencintai kamu akan
menuntut balasan dari rasa cintanya.
Ibumu akan memberi ruang sebesar mungkin untuk
berkongsi kasih kepada teman mu...orang disekitar
mu...bahkan kekasihmu.
Kekasihmu cenderung tidak memberi kesempatan
untuk berkongsi cinta walaupun kamu tak bermaksud
curang...dia akan selalu menganggapmu curang!
Ibumu akan benar2 memberi kamu kasih yang paling
tulus dan ikhlas di muka bumi ini.
Kekasihmu??? Tidak!!
'...never trust women except she's your family'
...terdengar pahit tapi itu kenyataan.
7 comments:
Assalamualaikum Yong,
Ini mmg kerap berlaku kpd kebanyakan insan - memilih antara Ibu yg melahirkan dan Kekasih. Ramai yg kecundang dlm memilih antara 2 ini. Hanya iman yg dapat membantu seseorang itu memilih yg benar. Akak penah kena ujian ini, dan akak pilih Emak over kekasih. Kekasih boleh dicari, Ibu itulah satu-satunya dlm hidup setiap insan!
w'salam yong Halima
Tak rugi memilih ibu kan!...hidup kita lebih diberkati...tapi budak2 baru naik ni bukan nak pikir jauh ke depan...pikir seronok je
Salam acikpidah,
kasih ibu,akan buat yg terbaik utk anak2nya....
Anak2 yg baik akan dengar nasihat
ibunya....
itulah kasih ibu...
Rozila
Anak tu memang baik...cuma tersalah pilih orang untuk dijadikan teman.
Budak baru nak lihat dunia luar, baru nak mengenal perkara baru.
apapun janganlah cepat menghukum dia. Cuba tarik ke jalan yang lurus dan bimbing semula membuat keputusan.
kasih ibu sepanjang masa
dan selalu mendoakan yg terbaik unk anak2
Azie
Risau jugak...sebab kita ada anak lelaki...mudah2an situasi ini tak kena pada diri sendiri.
Kasihredha
Ibu adalah segala2nya...
Post a Comment