Semalam Jumaat terakhir 2011
hari ni Sabtu saat menuju tahun baru
bagaimana azam tahun ni
semua dah tercapai?
mesti best kan...kalau semuanya
memenuhi hajat dan impian
tentu rasa diri macam lebih
selangkah ke hadapan.
...aku macam tu jugak
tiap2 tahun pasang azam baru
tercapai atau tidak belum tentu
pasang tetap pasang
kang takut ketinggalan
lama2 bertumpuk2
rasa nak hempuk
(...hempuk diri sendiri lah kot!)
Penyudahnya azam di sambung ke tahun depan
kata orang..(.orang mana tak tau)
azam lama baik dilupakan
supaya tak menganggu azam baru
agar fikiran lebih straight ke depan
mengapai impian jangan lebih angan2
entah lah...lain padang lain belalang
(...belalang dah tak main kat padang...
padang dah jadi kondo kediaman)
Rasanya tak perlu tunggu tahun baru
hari2 boleh pasang niat
pada sesiapa yang berhajat
Ape2 pun 'Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
agar menjadi lebih baik dari semalam.