Suka dapat jumpa VVIP...


Petang Sabtu minggu sudah berada
 di sebuah majlis sempena pelancaran
 Yayasan Ehsan Seputeh oleh PM kita yang
diadakan di Desa Water Park...6 ptg
sudah tertonggok di situ sebab tak mau
terperangkap dengan kesesakan jalanraya
dan berbagai2 kemungkinan lagi yang
tak dijangka...




...sudah tentu bukan menyantap di sini

mengambil tempat di bahagian belakang
juga untuk mengelak kesukaran jika
berlaku sesuatu keperluan...memang
sudah dijangka hadirin yang datang
ramai giler...nasib baik datang awal
dapatlah tempat menyantap seperti
yang di inginkan...

Ada gerai2 yang menyediakan makanan
jadi hanya perlu bangun dan ambil
apa saja yang diinginkan...sangat2
berpuashati...takde yang ingin
dirungutkan cuma kasihan dengan pelajar2
tahfiz yang tercari2 tempat duduk
disebabkan meja2 yang disediakan
tidak mencukupi untuk menampung
tetamu yang di jemput datang terutamanya 
pelajar2 tahfiz dari beberapa sekolah 
berdekatan...tak sampai hati melihat
keadaan itu aku mempelawa mereka
duduk di meja yang sama yang pada
asalnya di booking untuk rakan2 yang
datang kemudian...

Kalau dari segi makanan memang
memuaskan takde yang berkurang  
terutamanya buah-buahan berbakul2
sampai ada yang sumbat dalam plastik
...tak tau plastik datang dari mana
ataupun diorang dah pakat2 bawak
plastik dari rumah?




...teruja dapat melihat PM dari dekat sama
terujanya dengan budak perempuan India
kat tengah2 tu...macam dalam mimpi pulak
rasanya

Paling dinantikan tentunya kehadiran
tetamu kenamaan...walau di luar
hujan lebat mencurah2 acara tetap
sempurna dilancarkan oleh PM kita
di serikan dengan persembahan dari
Dato Hattan dan Khatijah Ibrahim
Maria Tunku Sabri pun ada...kurus
pulak dia tak macam dalam tv tu...
ataupun dalam tv memang badan
akan nampak lebih berisi tak seperti
keadaan sebenar...yelah agaknya.


Category: 1 comments

...ada sesuatu ingin dikongsikan

Lama giler tak update belog...
dah lebih 1/2 tahun...arini
 baru ada peluang untuk berkongsi
sesuatu iaitu agenda minggu lalu
di majlis bertandang anak saudara
yang majlis bertunangnya pernah
di updatekan di sini



yang best tu majlisnya berlangsung
seberang jalan je dari majlis sorang
selebriti...tak lain tak bukan si Black
Haniffa...ketika menunggu waktu 
berarak  sempat lagi aku menyelit
sebagai tetamu tak diundang tapi
bukan tumpang makan ye...hanya
nak snap gambarnya sebagai kenangan
walaupun dia penyanyi generasi muda
tapi ada antara lirik2 lagunya menyentuh
jiwa aku yang dah menjangkau 4series ni
...tu yang tak lepas peluang untuk 
merakam sesuatu untuk dijadikan
 bahan update arini...



Category: 0 comments

Berhujan utk pulus yang semakin menyusut...

Meredah hujan lebat dengan hanya
berjalan kaki bersama sekaki payung
untuk ke satu tempat yang amat
dibuntukan khidmatnya di waktu2
yang amat terdesak ini...tak ramai
orang mungkin sebab baru saja
melepasi waktu makan...line clear
urusannya pun jadi lebih pantas
untuk selesai...hanya mengambil
masa tak sampai 15 minit...tabik
spring penjawat awam yang semakin
beretika dan komited.

Kemudian menapak ke restoran
mamak berdekatan...bila
si peneman dah teringat2 akan mee
mamak yang katanya mengancam
aku pula hanya memesan mee rebus
bersama segelas teh tarik...seusai
makan penilaiannya mee mamak iteww
memang mengancam tapi kata
si peneman si mamak sedang berangan
nak balik negeri hujung bulan...jadinya
dah terlebih garam tapi terpaksa juga
di telan sebab perut tengah berlagu
keroncong nan panjang...

Sesudah itu singgah di pasaraya untuk
mencari serba sedikit keperluan...
rupanya bahagian dandanan dah bertukar
ke tingkat atas...turun ke bawah untuk
membayarnya sekali dengan barangan
dapur yang ditinggalkan di kaunter
bawah tapi diminta untuk berurusan
di kaunter atas pulak...apalah punya
sengal...dahlah takde eskalator tak 
mungkin aku membodohkan diri untuk
 mendaki lagi tangga yang boleh tahan
juga tingginya lebih2 lagi dalam kondisi
kepala lutut yang semakin longgar...
sudahnya aku tinggalkan barangan yang
aku ambil dari tingkat atas...hanya 
membayar barangan yang aku ambil
dari tingkat bawah aje.


singgah sebentar di kaunter barangan
yang takleh di bawah masuk...nak
ambil payung...si peneman pulak nak
buat member card...tumpang sekaki
itupun sebab percuma dan takder
tarikh luput...
diceriakan oleh penjaga kaunter sorang
anak gadis yang puteh melepak tapi
rasanya bukan orang sini sebab gaya
percakapannya yang janggal...berkali2
ulang benda yang sama tapi naik
penat kepala otak untuk memahami
apakah yang dimaksudkan...lastly
kitorang paksa diri untuk memahamkan.

Lepas berlalu dari situ kitaorang tak
dapat menahan gelihati yang amat
sangat...ketawa berderai sepanjang
jalan pulang...terimakasih dik sebab
dah menceriakan suasana yang 
sebelum itu betul2 menyakitkan.