Rabu aritu dengan sukahatinya menerima
pelawaan rakan untuk ronda2 kotaraya
yang entah kali ke berapa...suka sebab
dah lama rasanya tidak keluar bersama
dan pulak tak perlu nak pikir nak naik
apa untuk ke sana sebab dah disediakan
sang drebar merangkap anak lelakinya
yang sedia untuk menghantar dan
menjemput...wah sukanyerr.
Tapi sebelum tu kami ke HKL sebab
nak melawat adik sorang rakan yang
masih dalam keadaan antara sedar dan
tidak sejak 3 bulan lalu...baru berusia
41 tahun tapi angkara penyakit darah
tinggi hanya mampu terbaring dengan
renungan yang tidak bermakna....
berhadapan katilnya pula sorang anak
muda berusia 23 tahun dengan
komplikasi jantung berair disebabkan
kuat merokok...dah sakit terus
berhenti merokok...sempat tu titipkan
pesan "...kalau ada anak2 atau suami
yang merokok suruhlah diorang berhenti
merokok sebelum terlambat...jangan dah
sakit baru nak beringat"
Yolah dik akan mokcik sampaikan.
Lepas tu kami ke Sogo menjamu selera
...sampai naik senak perut dibuatnya
sebab order makanan sampai tak ingat
dunia maklumlah ada orang belanja
pulun sakan kendian mengah di tengah
jalan...apalah punya kawan pantang
dipelawa nak melantak segala macam.
lenkali buat lagi yerrr...
...tengok tu pokok krismas tinggi melangit
di tingkat bawah sogo kat tempat diorang
selalu buat sale di penuhi dengan segala
macam minyak wangi dan adik2 yang
cun melecun + hensem dannn sudah tentu
mesra alam...memula takut nak tolong
snapkan gambar kitorang...al maklumlah
mokcik2 kalau anak gadis yang menyuruh
mungkin bersegera diorang tunaikan.
...tengoklah tu bola yang bergantungan
di pohon krismas dah jadi bebola api
bercahaya menyinari seluruh alam...hihihi
ni baru lepas menyoping sakan
detik ini akan jadi kenangan...salah sorang
akan bakal berpindah tak lama lagi kendian
akan di ikuti sorang demi sorang...apa2
pun terimakasih tak terhingga pada kakak
yang sorang tu sebab bermurah hati untuk
bawak kitorang jalan2 dan belanja kitorang
makan...mungkin rasa terhutang budi atas
kerja keras kitorang aritu ketika majlis
perkahwinan anak perempuannya tapi
kami melakukannya secara ikhlas tanpa
mengharapkan balasan...dan terimakasih
sekali lagi lenkali belanja lagi....hehehe.
Sebelum terlupa 12/12/2012 genaplah
umur yang bungsu 11 tahun...muga jadi
anak yang tabah yer sebab sang ibu lupa
nak belikan hadiah sempena tarikh keramat
itu...sorryyy
0 comments:
Post a Comment