...gambaran di atas seolah
menceritakan rentetan peristiwa arini
menziarahi adik jiran yang sedang
berpantang di rumah jiran tersebut.
...tujuan ziarah itu adalah suaminya
telah disahkan meninggal dunia secara
mengejut iaitu tiba2 rebah ketika
sedang menjamu selera bersama
rakan2 di sebuah kedai makan...
...masih muda lagi dalam lingkungan
umur 29 tahun...
telah berkahwin selama 3 tahun...
baru saja menimang cahaya mata
sulung tiga minggu lalu...
penghidap darah tinggi tapi disahkan
meninggal akibat serangan jantung
Ramadan lalu adik salah sorang
jiran di sini juga mengalami
peristiwa yang sama...
masih muda...belum pun menginjak
40an...rebah ketika hendak bersahur
ketika ini masih lagi di hospital tapi
telah lumpuh sebelah badan dan tak
mampu bercakap...
...melihatkan baby itu tadi lena
tidur tanpa mengendahkan suasana
di sekitarnya menambahkan lagi
rasa sayu dan pilu...
Al Fatihah untuk arwah...
Rasulullah SAW bersabda...
'...jika kamu menjenguk orang sakit atau
melawat orang yang meninggal dunia...
hendaklah mengucapkan kata2 yang baik
kerana para malaikat mengaminkan apa
yang kamu ucapkan...'
petikan dari Teman Musafir
6 comments:
Al Fatihah
sedihnya
semoga family arwah tabah
Assalamualaikum,
Al-Fatihah.
Kita ni vulnerable, tetiba je boleh hilang dan lenyap dr mukabumi ni dgn kehendakNya.
Assalam Farid..walaupu tidak mengenali..bila tengok gambar bayi acik pun ikut rasa sedih..
AlFatiah dan salam takziah
kasihredha
...tentu ada hikmah terindah untuk keluarga tersebut.
w'salam Yong Halima
ya...dunia hanya persinggahan untuk perjalanan seterusnya di sana.
W'salam acik
...wajah bayi yang suci murni memang boleh meruntun hati sesapa yang memandang.
Post a Comment