Dah masuk raya ke enam baru
ada kesempatan untuk update
cerita pasal raya...pada sesetengah
orang mungkin dah jadi cerita basi
tapi nak jugak di abadikan sebagai
kenang-kenangan...
Seperti biasa kami adik beradik
berkumpul di rumah abang yang ke tiga
dan seperti selalu juga di hariraya pertama
tidak ke mana2...sibuk menyiapkan
juadah menyambut tetamu yang bakal
bertandang.
Selepas mereka balik dari masjid...
sempat lagi mengoreng mee sekuali
dan menanak 1/2 periuk nasi minyak
yang akan dijodohkan dengan rendang
bersama juadah lainnya.
...ada kurang di situ...waktu ni bawang goreng tengah dalam kuali lagi jadi tak menyempat2 kan...itulah yang dapat dirakamkan... |
...ni anak buah tengah mengatur
makanan tapiii...tak tau kenapa
shot dari sudut yang sama jadi tak
nampak juadah yang sebelah sana...
yang terhidang di situ ialah lemang
nasi empit..rendang ayam...rendang
daging...masak lodeh...kuah kacang
...yang ni pulak agar2 laici dannn...menu
baru tersenarai...lasagna...air tangan
anak buah dari Kajang...
anak buah dari Kajang...
...lasagna dalam proses pembakaran...dapatlah dalam tiga bekas...menjadi kesukaan bebudak yang datang... |
...ni dah menjelang tengahari
memasing mengambil tempat di
bahagian beraircond...vacuum tu
baru lepas digunakan untuk menyedut
serpihan kuih muih yang berterabur...
...waktu ni malam raya...baru lepas mengisi kuih dalam balang...sekejap lagi nak cuba buat hiasan seperti di atas tu...untuk rumah sendiri pula |
...dan tengoklah si Zakirah
kain tudung dah dicampakkan ke mana?
panas ler tu...yang buat isyarat
1Malaysia tu si Alia cucu saudara datang
mari dari Sabah...tanpa disuruh pandai2 je
mari dari Sabah...tanpa disuruh pandai2 je
buat isyarat tu...mentang2 lah anak
cikguuu...
...nilah rumah tempat kami berkumpul
setelah ketiadaan orang tua...waktu ni
petang raya pertama dalam pukul 6:00...
saat meninggalkan rumah ini untuk
ke rumah mertua pula.
Masuk tahun ni dah 2 tahun berturut2
tak dapat berkonvoi bersama2 adik-
beradik yang akan berziarah kerumah
saudara mara di hariraya ke dua...
di waktu itu kami sekeluarga
mengunjungi saudara sebelah abahnya
di Melaka...
7 comments:
assalam farid..selamat hari raya..
kalau cerita raya tak pernah basi..seronok aje kalau tengok gambar2 raya ni..acik pun berkumpul dirumah abang yang ke 3..tapi tak tidur sana pun..balik pagi raya je..
seronok tengok gambar raya akak...menunya lagi le
selamat hari raya kak
Wahhh nasi minyak + rendang...! aduhai..
tu yang selalunya kita akan naik 2,3kg lepas raya, kan? hehehe
W'salam Acik Erna
...memang suka tengok suasana orang menyambut raya...tumpang seronok!
Kasihredha
Selamat hariraya...menunya sama je ngan rumah orang lain...menyelerakan bila ianya dijamah beramai2 sesama sanak saudara.
Azie
...dengan alasan setahun sekali...makan tak menyedar diri...bila musim raya berlalu mulalah mengeluh dengan berat badan yang bagaikan dipam2...apa nak buat dah sukakan!
meriahnye.. best! :D
Post a Comment