...pepagi lagi dah bersilat kat dapur
masak seringkas mungkin untuk
mengejar masa bagi memenuhi
tuntutan yang dibuat tanpa
perancangan yang teratur...
Pertamanya janji pada si bungsu
untuk hadir ke sekolah bagi
mengikuti program motivasi
keibubapaan yang disampaikan
oleh ustazah pilihan Astro Oasis
iaitu ustazah zawiyah Hassan....
...ustazah zawiyah bersama gurubesar yang sentiasa menceriakan suasana |
Selepas program tu selesai kena pulak
bertemu 4 mata bersama guru kelas
masing2 untuk bicara akademik.
Disebabkan sebelumnya ibubapa
datang secara serentak...maka
kenalah menunggu giliran dengan
penuh sabar dan berhemah...
Gelisah toksah nak cakap coz
dah terlebih masa untuk memenuhi
janji yang satu lagi iaitu janji
pada sorang rakan untuk
melenguhkan kaki ke Jln. Tar lagi.
Tulah pasal...pabila segalanya
datang secara last minute
benda yang dirancang semuanya
menjadi tunggang terbalik.
Apa2 pun janji perlu ditunaikan
sejurus selesai bergegas pula
ke Jln Tar...arini taklah seramai
aritu mungkin sebab sekolah
dah bermula.
Sedang sang rakan leka menilik
sempat merembat sepasang
kain ela untuk dihadiahkan kepada
guru mengaji si bungsu ekoran
si bungsu tamat khatam Al Quran.
...menikmati laksa di Sogo
bersama segelas teh tarik panas
betul2 melegakan...tak cukup
dengan tu...ditambah pula dengan
crispy popia...kalau diabaikan
mau teringat2 sampai ke rumah.
...laksa penang yang tak muak2 utk dijamah |
...crispy popia yang menjadi kegilaan |
...dalam perjalanan balik
melalui jalan ini di pekan SB
suatu majlis baru saje selesai
sib baik dah tamat...kalau tak
mau semput menaiki teksi
yang tersenggut2 oleh kesesakan
akibat majlis yang diadakan
untuk para VIP tu iaitu TPM
dan rombongannya datang
bertandang sempena pengumuman
peruntukan pembinaan masjid
SB...dengarnya juta2.
...baru saje dikemaskan setelah menerima kunjungan orang kenamaan |
4 comments:
Salam Yong,
Motivasi Keibubapaan?
Dulu2 takde...sekarang memacam!
Haa nak dekat pilihanraya, banyak dpt peruntukan. Sampai juta-juta utk 1 masjid? Masjid/surau lain terkulat2!
W'salam yong Halima
yuran pibg dah naik jadi ibubapa perlu dimotivasikan
...biasa ler tu yong...nak pancing undi...area ni pembangkang yang punya jadi taburlah habis-habisan.
Salam farid..sekolah anak acik hari jumaat depan baru ada perjumpaan dengan ibubapa
W'salam acikErna
sekolah sekarang dah mesra ibubapa...macam2 program diadakan...antara nak pegi dengan tidak je.
Post a Comment