Berada di sebuah bank...duduk menunggu
giliran dengan penuh berhemah sedangkan
no giliran masih jauh di hadapan...sambil tu
memerhati orang keluar masuk untuk
berurusan...ingatkan menjelang petang
pelanggan dah kurang rupa2nya masih
ramai ...hampir semua tempat duduk
ada penunggunya...agaknya dah dekat
penghujung bulan ada saje yang hendak
diuruskan.
Seorang makcik di sebelah tersenyum
dan mengeluh kerana dah lama menunggu
sambil tu sempat dia menanya '...dapat ke
bantuan 500?'....aku hanya mengelengkan
kepala sebagai jawapan. Terus dia
menyatakan keluhannya kerana masih
tidak mendapat bantuan tersebut.
Katanya lagi kebanyakan yang dapat
adalah orang2 muda...orang2 sepertinya
masih ramai lagi yang tak mendapat jawapan.
Oh ye ke...apa yang diketahui hari Ahad
lepas baru saja diadakan majlis penyerahan
bantuan tersebut di mana seorang menteri
sempat menghadirkan diri di cawangan
berkenaan utk mengagihkan.
Yang buat tak paham majlis tersebut
diadakan di kawasan jalan keluar masuk
kenderaan menyebabkan berlakunya
kesesakan di jalan utama...betul2
menyusahkan...sedangkan berhampiran
terdiri megah sebuah dewan serbaguna
...kenapa tak digunakan?
entahlah...apakah ada agenda terselindung
disebalik semua itu...kalau ya pun
janganlah sampai menyusahkan!
Berbalik kisah makcik tadi...teringat
cerita seorang rakan berkenaan jiran
arwah emaknya yang tak dapat bantuan
sebab si anak lelaki bujang terlebih dulu
menghantar borang dengan alasan
menyara persekolahan adiknya...alasan je!
si ayah hanya mampu mengigit jari...
Pada yang muda2
dahulukanlah orangtua mu kerana
mereka lebih memerlukan.
Setelah urusan selesai...singgah
menjamu selera di kedai mamak
berdekatan...utk menghilangkan
stress kerana jenuh menunggu.
...pilihan abahnya mee goreng mamak tengoklah meja tu macam boleh buat cermin |
Pilihan untuk diri sendiri ...roti canai sardin bersama kuah kambing penambah lemak tepu di badan yang dah sedia kembang |
10 comments:
laparrr...laparrr
dah malam ni...mcm nak terjah je kedai mamak :)
Salam Yong,
Waaah dah lapor menunggu, terus ke kedai mamak! Sedap tu mee mamak, lama tak pekena.
Kasihredha
Lapar jangan ditahan..kedai mamak sedia menanti...hihihi
W'salam Yong Halima
Meh la kome...gandingan mee mamak bersama ais kacang kampung Deredebi memang kena...
Semakin banyak isu berbangkit tentang Bantuan 1M ni ya? Kesiannn..
Roti Sardin Garing pun paberet I gak. I nak order pagi ni lah. hehehe
Azie
Kalau melibatkan orangramai dlm suatu jumlah yg besar mesti ada yang terlepas pandang...
pepagi pekena roti sardin memang nikmat...baru boleh buat keja dengan semangat...
Ibu mertua kakcik pun belum dapat bantuan itu walaupun 'ada orang datang mintak sain, gambo, bla...bla...'. tak tahulah apa yang telah terjadi!
Kakcik
oh ye ke...mungkin kena tunggu peringkat kedua agaknya...sabo jelah ye
betul jugak tu..diopis acik orang muda2 jugak dah dapat..
Acik Erna
Di mana silapnya ye...patut dulukan warga emas
Post a Comment