Rentetan peristiwa yang mungkin tak dapat dilupakan...


..tarikh 29-01-2012 mungkin di ingat sepanjang
hayat.   Berlaku satu rentetan peristiwa yang
tak mampu dilupa dan mungkin kekal terpahat
sampai bila2.
Kisah anak jiran yang pernah diceritakan di sini

...memenuhi undangan si ibu yang mengadakan
kenduri doa selamat selepas anak itu dibenarkan
keluar dari hospital...rupanya diadakan sekali
sambutan majlis harijadi yang kebetulan jatuh
pada hari tersebut...

Masa sampai... majlis memotong kek sedang
dijalankan dan selepas itu sempatlah 
mengambil gambar beliau dikelilingi rakan2.
Beliau nampak ceria...siap menyanyi
'Selamat Hari Jadi' bersama2...
Kitorang apatah lagi...sesekali bila dah
berkumpul sesama jiran tetangga mulalah 
terkukuk-terkekek tak menyedorkan diri.

Dalam kemeriahan suasana itu tanpa
disangka2 beliau rebah di tengah rumah.
Diberi bantuan alat penafasan yang tersedia
...terdengar dia menangis di samping ibu yang
tak putus2 memanggil namanya...
Dalam seketika...dia kelihatannya senyap
seperti sedang tidur...dipanggil2 namanya
tak menyahut lagi...rupanya dia telah pergi
menyahut panggilan ilahi...

Walaupun dalam esak tangis...si ibu kelihatan
nya redha dan telah bersedia menghadapi
segala kemungkinan.
...aritu masa di hospital doktor telah
mengesyorkan supaya dibawa pulang ke rumah
dan diminta memenuhi segala apa yang
dipinta.
Rasanya si ibu tak ralat lagi sebab segala
permintaan telah ditunaikan termasuk
sambutan Hari Jadi itu.

...dengan hati berbelah bagi...mengambil
keputusan untuk tidak meletakkan gambar
yang diambil lebihkurang 1/2 jam sebelum
arwah menghembuskan nafas terakhir
di sini sebagai menghormati keluarga 
arwah... hanya sekadar membuat  catatan
di sini untuk kenangan di kemudian hari.
Arwah selamat disemadikan sejurus nak
masuk waktu maghrib semalam...iaitu
29-01-2012 bersamaan  hari lahirnya
yang ke 12...




Category: 2 comments

Sehelai baju sutera mahal...


...mendapatkan rakan yang baikhati dan tak berkira
amat payah sekali lebih2 lagi yang satu kepala
...yang sedia memahami dan boleh di bawak 
ke tengah  + ketepi.

Yang ramainya...mereka yang hipokrit...
dekat dengan satu tujuan...menjauh bila
memerlukan...
Ada tu pulak...spesis yang memandang status
seseorang sebelum membuat keputusan untuk
berkawan...budjet bagus jer.
Ada lagi satu spesis yang berkira tak bertempat
...bila time dia...bukan main lagi...
melembutkan suara...memaniskan muka...
rasa sejuk di dada...rasa simpati tak berbelah
bagi tapi bila time kita...banyak pulak syaratnya
...tak boleh itu...tak boleh ini...
jangan begitu...jangan begini...
kalau dah macam tu banyak cekadaknya...
masihkah ada keikhlasan di hati???

...ni tengah berbeloging dari rumah seorang rakan
yang sangat baikhati dan sangat memahami.
Disebabkan laptop telah pun di bawa pergi oleh
si kakak untuk kegunaannya hari2...
rakan ini(pangkat kakak) bermurah hati
mempelawa untuk menggunakan komputer
yang jarang digunakan.
Katanya...anak2nya lebih suka menggunakan
lappy...jadi daripada terbiar eloklah digunakan
..takut nanti rosak sebab jarang2 beroperasi.

Wah...pantang dipelawa...menerkam aje...
tapi masih dalam keadaan berhemah lagi yer...
jangan nak melebih2 pulak...kang dah serupa
kodok naik junjung yang tak tau diuntung.

Kawan macam ni susah nak cari...seboleh 
mungkin kita menjaga nilai persahabatan itu
umpama sehelai baju sutera mahal yang 
digemari...disimpan sebaik mungkin supaya
tak renyuk dan memakainya dengan cermat
agar tak tercarik...
Tapi tahun ni mungkin akan kehilangannya
sebab dia akan berpindah...duduk rumah
sendiri.
Alamatnya...melangutlah...
dah takde tempat mengadu...dah takde kawan
untuk diajak melata...memang kitorang ni
kaki ronda...kepala pulak giler2...
menerima lebih dan kurang seadanya...
terharu pulak rasanya.

Buat masa ni mungkin kurang berbeloging
sampailah dapat penganti lappy yang baru
...tak tau bila lagi...doa2kan lah agar murah
rezeki...ada kesempatan nanti akan menulis
lagi...idiosss...

Patty kucing jantan yang sweet...

Asalnya seekor anak kucing gelandangan
terberanak depan rumah seorang jiran.
Mula2 ibunya menjaga dengan baik tapi
lepas satu persatu adik beradiknya mati
...si patty ditinggalkan sendirian lebih2
lagi si ibu pulak dah mula mengenyam
...si ratu pujaanlah katakan...banyak jantan
yang berkenan



...si patty yang cute

Jiran simpati...sering memberinya makan
tapi itupun setakat depan pintu je lah
tak dibenarkan masuk sama sekali.
Dari hari ke hari...dari bulan ke bulan
patty membesar menjadi kucing yang menawan
(...menawan sesiapa yang memandang).
Meneruskan hidup gelandangan seperti
biasa...tidak bertuan...tapi suatu hari tu ia
lesap tanpa dikesan...hilang macam tu je.



...pantang jumpa plastik...mesti  nak masuk ke dlm plastik tu...


Si jiran dah tak ketentuan...walaupun tak
menganggap kucing itu sebagai kucing
belaan  tapi hati dah jatuh sayang...apalagi
seribu kesalan sampai dah berazam tak mau
ada kaitan dengan kucing lagi.

Hampir 2 tahun...ya selepas dicongak ditolak
dekat 2 tahun si patty datang kembali...tak tau
datang dari mana...tiba2 ia munculkan diri...
apalagi azam tolak tepi...rutin harian 
disambung kembali.  Seperti biasa tetap tak
dibenarkan masuk...makan setakat depan
pintu...tidur di luar...berkeliaran seperti
kucing2 terbiar...membesar kembali sebagai
kucing yang gebu dan montel.

Lepas tu ada pulak yang berkenan...
mengambilnya secara diam2...nasib baik ada 
yang perasan.  Selepas 2 minggu dia diculik
...selepas disahkan siapa yang menculik...
minta dipulangkan secara baik2...si patty
selamat pulang ke pangkuan.  Nak tahu siapa
yang menculik...saudara jiran sebelah yang
datang bertandang tapi yang heran...kenapa
jiran tu buat diam...mungkin dia pikir...
si patty lebih terjaga atau terbela di tangan
orang lain...yelah agaknya...pikirkan yang
positif je lah yer...

Sejak itu si patty tidak lagi jadi gelandangan
...ia dijaga seperti kucing peliharaan...dah 
boleh masuk...dimandikan...makan pun kat
dalam... dalam  bekas yang dikhaskan
ikan rebus @ ikan goreng dah tak main...
makan whiskas je memanjang...dipakaikan 
rantai tanda dia bertuan...masanya banyak
dihabiskan kat dalam.
Sekali sekala nampak di jalanan bila time
mengintai si betina pujaan...




...bersantai cara berhemah...bersandar rapi
di tepi bekas makanan takut dikebas orang...


...dannn...kaki penyibuk...kitaorang nak pegi
berziarah...dia pun nak jugak!...




...tengah  termenung mengenangkan
si betina pujaan di kebas si  kucing jantan
yang miang...hihihi