Melayan kehendak hati yang tak boleh ditegah...

...arini pegi Jln. Tar...setelah dekat 
3 ke 4 bulan tak ke sana.
Rupa2nya beli token di kaunter Lrt
dah takde lagi...menebalkan muka
bertanya pada seorang remaja
untuk menggunakan mesin token
yang sedia ada.
Dengan baikhatinya remaja tersebut
menunjuk ajar...wah lepas ni
dah boleh buat sendiri...sonang yo 
ghupo eh

Terus menuju ke tempat yang di tuju
...mana lagi ke Jakel lah...mentang2
dah nak dekat bulan puasa ramainya
orang...sampaikan aircond tak terasa
...biasalah kan kalau dah sampai 
ke Jakel mesti ada yang mengekor
...tak suka sebenarnya... nak buat 
macamana layan jer...

...bahagian kain cotton
...rasa2 mana satu yang akan dipilih


Susah jugak nak buat pilihan...
dah rambang mata.
Selepas penat memerah otak
dapatlah beberapa pasang seperti
yang di idam2kan...apalagi jalan2 cari
makanlah pulak.
...gerai pilihan di Semua House

Sesiapa yang biasa ke Semua House
mesti biasa dengan pandangan
gerai ini...satu2nya western food
di sini yang harganya boleh dikira
okay jika dibandingkan dengan
gerai WF yang lain


...menu pilihan Fish & Chip super heaven

Selesai  melantak...baliklah kita
sib baik waktu tu tak bertembung
ngan waktu orang balik kerja...
kalau tak maunya berdiri sampai
ke destinasi.

Hasil tangkapan arini...mana 
boleh lari dari warna hijau
yang menawan hati...

...sempat merembat sarung lengan.
di gerai tudung  berhampiran Nagoya

Category: 4 comments

Don't Be Sad...

Ketika ini tengah gigih menyudahkan
kerastangan yang tak siap2 sejak
berbulan lepas...sambil tu sempat
jugak diselang-selikan dengan
aktiviti membaca...


...menunggu giliran untuk dikatamkan

Buku ini dipinjamkan oleh seorang
kawan...sahabat sejati yang tak berkira
yang pernah di ceritakan di sini.
Bukan nak membuat ulasan mengenai
buku ini...sebab belum pun habis
membacanya tapi nak bercerita
rentetan peristiwa yang berlaku di sebalik
pembelian buku ini...yang sebenarnya
dimiliki oleh abang pada kawan ini tadi.

Buku ini dibeli sejurus saja anak gadis 
beliau meninggal dunia dalam satu
kemalangan kereta di malam tahun baru.
Berbagai andaian...hanya mereka yang 
terdekat saja yang benar2 mengetahui
punca berlakunya kemalangan itu.

Pada malam tersebut arwah bersama
seorang sepupu dan seorang rakan
serumah pergi makan2...sebelum itu
arwah telah menolak pelawaan teman
lelakinya untuk keluar bersama...
mungkin niatnya untuk meluangkan
masa  bersama2 rakannya saja....tapi
dalam perjalanan balik telah berselisih
jalan dengan kereta teman lelakinya
itu yang kebetulan lalu di jalan
bertentangan.

Selepas menyedari kereta teman 
lelakinya mengekori dari belakang
arwah telah memecut laju kereta yang
dipandu...(tak tau atas sebab apa 
hanya arwah saja yang tau).
Sampai di terowong Jln. Tun Razak
kereta arwah telah terbabas melanggar
dinding terowong yang mengakibatkan
arwah tercampak keluar dan meninggal
dunia di situ juga.

Arwah seorang anak yang baik dan
berperwatakan manja.
Tiap2 bulan datang menghantar
barang2 dapur...hampir penuh 
satu bonet kereta hanya untuk
makngah nya(kawan yang
meminjamkan buku) yang telah
mengasuhnya sejak kecil ketika
kedua orang tuanya pergi berkerja.

Ada satu hari tu arwah beria2
mengajak kami berdua (aku &
makngah nya) menjalani rawatan
manicure & pedicure dan
semua perbelanjaan ditanggung 
olehnya...tapi malunya nak terima
...yelahkan anak buah orang bukan
anak buah kita.

Selepas pemergian arwah...tiada
lagi terlihat kelibatnya yang pandai
bergaya dan berperwatakan manja
...semuanya hanya tinggal 
kenangan...kerana Allah lebih
menyayanginya di sana.
Al Fatihah

Category: 4 comments

Pejam Celik...


...rupanya dah 3 bulan belog ini 
tidak diupdate.  Yeah....belum ada rezeki
lagi untuk menambah lappy baru...dulukan
pekara yang lebih penting iaitu keperluan
anak2 yang sedang meniti alam 
pembelajaran...yang tentunya memerlukan
sumber kewangan yang kukuh.

Simpanan mesti ada untuk kegunaan
di waktu2 terdesak seperti aritu
ketika mendaftar si putera tunggal
 di maktab TGB
tiada dinyatakan jumlah sebenar yang
perlu dibayar dalam surat panggilan...
cuma dinyatakan tarikh & masa untuk
datang mendaftarkan diri...tup2 bila
disenaraikan kosnya mencecah <>
RM800.

Nasib baik bawak duit lebih...kalau tak
mau terkedu kami di situ.  Demi anak2
...setiap ibubapa sudah tentu inginkan
yang terbaik...dan untuk itu sesiapa pun
sanggup melupakan keinginan diri 
sendiri kerana...

"...hidup tak semudah mencucuk sanggul
di kepala...kalau tiada rambut...tak
mungkin cucuk sanggul terpacak di kepala"

...ikhsan en. google
...masih bangga menggunakan proton saga lama

Category: 0 comments